PEGAWAI & AJK MASJID 2012-2015
PEGAWAI AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR
RUANG IKLAN TABUNG MASJID
Tuesday, December 28, 2010
Wednesday, December 8, 2010
Thursday, November 4, 2010
Tuesday, August 31, 2010
SUMBANGAN ANAK YATIM 2010
BUBUR LAMBUK 2010
Monday, August 9, 2010
Friday, July 23, 2010
Sunday, July 18, 2010
Wednesday, July 14, 2010
Friday, June 25, 2010
PAPARAN OLEH NAZIR SEMPENA ISRA’ DAN MIKRAJ
ISRA' DAN MIKRAJ
Bulan berlakunya peristiwa isra' dan mikraj keatas Nabi Muhammad SAW pada tahun kesebelas selepas kenabian Baginda. Pada malam tersebut Allah SWT telah isra'kan Baginda daripada Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Seterusnya Baginda dimikraj ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT. Seterusnya Baginda dikembalikan semula ke Mekah semuanya dalam masa satu malam sahaja .
"Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Isra':1)
Allah SWT memerintahkan secara terus kepada Rasulullah SAW tanpa melalui malaikat Jibrail mengenai fardhu solat lima waktu semasa isra' dan mikraj.
Anugerah ibadah solat adalah langkah paling tepat bagi kita. Ini kerana solat adalah satu sistem yang sangat lengkap kearah membentuk modal insan soleh yang di kehendaki oleh Islam. Dengan solat seseorang mendapat ketenangan jiwa, menjadi perisai daripada terjebak melakukan dosa dan maksiat. Sesungguhnya ibadah solat menjadi penanda aras kekuatan ummah.
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut:45)
Menerusi ayat tersebut Allah SWT telah menegaskan bahawa ibadah solat dapat mencegah berbagai perbuatan keji dan mungkar dalam kehidupan harian.
Satu lagi pengajaran besar dalam peristiwa isra' dan mikraj ialah betapa tingginya kedudukan dan peranan masjid dalam kehidupan kita. Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa adalah rumah ibadah suci umat Islam yang menjadi simbol penyatuan ummah.
Kedatangan 27 Rejab setiap tahun menjadi pembakar semangat setiap Muslim untuk mempertahankan kesuciaan Masjidil Aqsa yang kini dijajah olah rejim Yahudi. Perkaitan Masjidil Aqsa dalam isra' dan mikraj ini menjadi peringatan agar janganlah kita lupa hak ke atas Masjidil Aqsa yang menjadi tanah wakaf kepada umat Islam .
Islam memandang mulia tanah Palestin. Ini disebabkan ramainya nabi dan rasul, yang menjadikan Masjidil Aqsa sebagai pusat gerakan dakwah. Bahkan persinggahan nabi di lihat sebagai satu penghormatan kepada bani Israel itu sendiri dan membuktikan Islam adalah agama kesatuan.
Hakikat persinggahan Rasulullah di Masjidil Aqsa sebenarnya memberi kesedaran kepada bangsa Yahudi sekarang ini bahwa nabi-nabi mereka sebenarnya tidak pernah bermusuhan dengan Nabi Muhammad SAW. Bahkan rasulrasul mereka bersetuju menjadi makmum dan Muhammad SAW sebagai imam yang memimpin solat berjemaah di masjidil Aqsa beribadah kepada Allah yang Maha Esa.
Dari Anas RA katanya: Nabi Muhammad SAW telah bersabda: ..selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu, maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang, lalu aku memohon kepada Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja), maka Allah SWT berfirman "Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya), keputusan Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti." (Bukhari)
PERISTIWA DALAM PERJALANAN
Dalam perjalanan isra' dan mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan beberapa peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.Sebahagian daripadanya adalah:
-Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala untuk bersujud (sembahyang).
-Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghina) orang.
-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah yang melakukan zina sedangkan masing-masing mempunyai isteri / suami.
-Kaum yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
-Kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukan.
SUSU ATAU ARAK
Dari Abu Hurairah RA katanya: Pada malam terjadinya isra' dan mikraj di Baitul Maqdis, baginda dihidangkan dua gelas minuman berisi arak dan susu. Setelah baginda meneliti kedua gelas itu, baginda mengambil gelas berisi susu. Berkata Jibrail "Segala puji bagi Allah yang membimbing anda memilih yang suci. Seandainya anda memilih arak, nescaya sesatlah umatmu". (Muslim)
Susu dan arak adalah simbolik kepada dua nikmat yang berbeza. Satunya bersifat nikmat sementara dan satu lagi bersifat nikmat yang kekal. Sebagaimana yang ditekankan oleh ajaran Islam, arak adalah haram kerana ia memabukkan sekalipun padanya terdapat beberapa kebaikan yang lain tetapi yang nyata keburukannya telah mengatasi kebaikan. Arak mampu membuatkan manusia hilang pertimbangan dan mengheret kepada berlakunya beberapa perkara buruk seperti maksiat, pembunuhan dan sebagainya. Oleh itu orang-orang Islam ditegah sama sekali meminum arak. Sebaliknya pada minuman susu, ia menjadi minuman yang bukan sahaja tidak memabukkan bahkan boleh mengubati penyakit. Madu dan susu merupakan minuman kegemaran Rasulullah SAW.
SEKAPUR SIREH DARI NAZIR
REJAB 1431
SEKAPUR SIREH
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kita kini berada didalam bulan Rejab, bulan yang padanya mencatatkan sejarah penting bagi umat Islam,iaitu peristiwa isra' dan mikraj. Peristiwa ini merupakan mukjizat yang membuktikan kekuasaan Allah SWT. Isra' dan mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran yang mampu memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan akur akan kekuasaan Nya. Nukilan bulan ini membawa kita menjelajah peristiwa isra' dan mikraj.
Masjidil Aqsa merupakan tempat yang istimewa dalam peristiwa isra' dan mikraj kini dalam genggaman rejim Zionis. Rejim ini terus menerus melakukan kekejaman terhadap penduduk Palestin. Saya berharap kita sama-sama akan melakukan apa sahaja yang kita boleh untuk membebaskan mereka dari cengkaman rejim ini. Setidaktidaknya dengan mendoakan supaya mereka terlepas dari kekejaman. Menderma dalam apa jua bentuk samaada masa, tenaga, dan harta. Dan tidak kurang hebat impaknya kalau kita hentikan penglibatan kita dengan tidak membeli produk-produk syarikat yang menyumbang kepada Israel.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kariah yang telah sama-sama menyertai kerja gotong royong membersih tanah perkhuburan Kampung Sungai Sekamat pada 20 Jun 2010 yang lalu.
Nazir,
(Haji Noradzmi b. Haji Nordin)
Tuesday, June 8, 2010
SUMBANGAN IKHLAS
Masjid Kariah Sungai Sekamat memohon sumbangan ikhlas dan tajaan untuk pembelian peralatan-peralatan yang tersenarai.Sesiapa yang bermurah hati menaja atau mewakafkan peralatan-peralatan berikut boleh berurusan dengan Nazir dan AJK Masjid untuk mendapat maklumat lanjut. Sekian. Terima kasih.
BARANGAN, ANGGARAN HARGA dan KEGUNAAN
1. VIDEO CAMERA
RM 2500
MERAKAM GAMBAR2 DAN VIDEO BAGI AKTIVITI2/ PROGRAM2 YG DILAKSANAKAN
MENYEDIAKAN LAPORAN-LAPORAN AKTIVITI
BOLEH DILIHAT SEMULA
2. TRIPOD SCREEN PROJECTOR
RM 500
UNTUK KEGUNAAN KULIAH-KULIAH, SEMINAR DAN KURSUS-KURSUS
YANG DIJALANKAN OLEH MASJID
3. LCD PROJECTOR
RM 3500
UNTUK KEGUNAAN KULIAH-KULIAH, SEMINAR DAN KURSUS-KURSUS YANG DIJALANKAN OLEH MASJID UNTUK PEMBENTANGAN SEMASA MESYUARAT DLL4
4. MINI LAPTOP
RM 1900
UNTUK MENCATAT MINIT SEMASA MESYUARAT BERLANSUNG DIGUNAKAN SEMASA KURSUS/ SEMINAR/KULIAH SEBAGAI PELENGKAP KEPADA LCD PROJECTOR
5. KOMPUTER
RM 2500
UNTUK MEMBUAT SURAT MENYURAT DI PEJABAT MASJID, MINIT MESYUARAT DAN LAIN-LAIN TUGAS PEJABAT
6. PENCETAK
RM 500
UNTUK MENCETAK SURAT MENYURAT DI PEJABAT MASJID, MINIT MESYUARAT DAN LAIN-LAIN TUGAS PEJABAT
Tuesday, June 1, 2010
KULIAH SUBUH JUN 2010
KULIAH SUBUH JUN 2010
1. 06.6.2010 - US. AHMAD ROSLI
(AKIDAH)
2. 13.6.2010 - US.DR ALI SARIPAN
(TAFSIR)
3. 20.6.2010 - US.ZULKIFLI ZAKARIA
(AKIDAH)
4. 27.6.2010 - US.HJ.OMAR SULAIMAN
(FEKAH)
HADIS
Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji
Thursday, May 27, 2010
Selingkar Kisah Fajar Di Bumi Permata
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang.
Wednesday, May 26, 2010
The Story Of A Cab Driver
No one can make you serve customers well....that's because great service is a choice. One man, Harvey Mackay, tells a wonderful story about a cab driver that proved this point. He was waiting in line for a ride at the airport. When a cab pulled up, the first thing Harvey noticed was that the taxi was polished to a bright shine. Smartly dressed in a white shirt, black tie, and freshly pressed black slacks, the cab driver jumped out and rounded the car to open the back passenger door for Harvey. He handed my friend a laminated card and said: 'I'm Wally, your driver. While I'm loading your bags in the trunk I'd like you to read my mission statement. 'Taken aback, Harvey read the card. It said: Wally's Mission Statement: To get my customers to their destination in the quickest, safest and cheapest way possible in a friendly environment...This blew Harvey away. Especially when he noticed that the inside of the cab matched the outside. Spotlessly clean! As he slid behind the wheel, Wally said, 'Would you like a cup of coffee? I have a thermos of regular and one of decaf.' My friend said jokingly, 'No, I'd prefer a soft drink.' Wally smiled and said, 'No problem.. I have a cooler up front with regular and Diet Coke, water and orange juice...' Almost stuttering, Harvey said, 'I'll take a Diet Coke. 'Handing him his drink, Wally said, 'If you'd like something to read, I have The Wall Street Journal, Time, Sports Illustrated and USA Today.' As they were pulling away, Wally handed my friend another laminated card, 'These are the stations I get and the music they play, if you'd like to listen to the radio.' And as if that weren't enough, Wally told Harvey that he had the air conditioning on and asked if the temperature was comfortable for him. Then he advised Harvey of the best route to his destination for that time of day. He also let him know that he'd be happy to chat and tell him about some of the sights or, if Harvey preferred, to leave him with his own thoughts. 'Tell me, Wally,' my amazed friend asked the driver, 'Have you always served customers like this?' Wally smiled into the rear view mirror. 'No, not always. In fact, it's only been in the last two years. My first five years driving, I spent most of my time complaining like all the rest of the cabbies do. Then I heard a personal growth expert on the radio one day. He had just written a book and said that if you get up in the morning expecting to have a bad day, you'll rarely disappoint yourself. He said, 'Stop complaining! Differentiate yourself from your competition. Don't be a duck. Be an eagle. Ducks quack and complain. Eagles soar above the crowd.' 'That hit me right between the eyes,' said Wally. 'Dyer was really talking about me. I was always quacking and complaining, so I decided to change my attitude and become an eagle. I looked around at the other cabs and their drivers. The cabs were dirty, the drivers were unfriendly, and the customers were unhappy. So I decided to make some changes. I put in a few at a time. When my customers responded well, I did more.' 'I take it that has paid off for you,' Harvey said. 'It sure has,' Wally replied. 'My first year as an eagle, I doubled my income from the previous year. This year I'll probably quadruple it. You were lucky to get me today. I don't sit at cabstands anymore. My customers call me for appointments on my cell phone or leave a message on my answering machine. If I can't pick them up myself, I get a reliable cabbie friend to do it and I take a piece of the action.' Wally was phenomenal. He was running a limo service out of a Yellow Cab. I've probably told that story to more than fifty cab drivers over the years, and only two that I know of took the idea and ran with it. Whenever I go to their cities, I give them a call. The rest of the drivers quacked like ducks and told me all the reasons they couldn't do any of what I was suggesting. Wally the Cab Driver made a different choice. He decided to stop quacking like ducks and start soaring like eagles.
Thursday, May 6, 2010
Tuesday, May 4, 2010
KULIAH SUBUH ME1 2010
KULIAH SUBUH TUAN / PUAN DIJEMPUT HADIR 1. 02.5.2010 - US. AHMAD ROSLI (AKIDAH) 2. 09.5.2010 - US.DR ALI SARIPAN (TAFSIR) 3. 16.5.2010 - US.ZULKIFLI ZAKARIA (AKIDAH) 4. 23.5.2010 - US.HJ.OMAR SULAIMAN ( FEKAH ) 5. 30.5.2010 - US.IBRAHIM MOHAMAD (TASAUF) |
HADIS Hadis Jabir r.a katanya: |
Thursday, April 22, 2010
INFO CUKAI
INFO CUKAI
Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan 2009 dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi individu yang menerima pendapatan daripada sumber selain perniagaan adalah pada/ sebelum 30 April 2010.
Monday, April 19, 2010
OTAK YANG LESU
TIP PILIHAN: OTAK YANG LESU
Oleh: Irfan Khairi
Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?
Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.
Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.
Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.
Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.
Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!
Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!
Hadiri majlis-majlis ilmu untuk mendapat lebih banyak input dalam diri kita. Dengan membuka minda kepada lebih banyak input, kita akan dapat melihat lebih banyak peluang-peluang yang ada disekeliling kita.
Sunday, April 18, 2010
Menuju Solat Sempurna
Menuju Solat Sempurna
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu mengerti apa yang kamu ucapkan !
( An Nisa:43)
Memahami Bacaan Solat
•Memahami erti kata per kata tiap bacaan
•Bacaan boleh berbeza, asal tahu dasarnya dan mengerti ertinya
•Saling menghormati perbezaan pendapat
•Bacaan solat Nabi bermacam-macam
•Memahami bacaan solat itu mudah…
Bahkan sangat mudah, hafalkan sekarang juga!
•Memahami bacaan solat itu penting…
Jauh lebih penting dari belajar bahasa apapun.
Lupakan belajar yang lain jika belum dapat memahami bacaan solat. Inilah yang perlu didahulukan!
•Memahami bacaan solat perlu disegerakan...
Agar solat tidak terasa hampa, sia-sia.
•Memahami bacaan solat itu harus!
Agar solat lebih berarti, lebih menyenangkan, lebih khusyu'dan lebih bermanfaat…
Sila lawati www.shalatsempurna.com
untuk maklumat lanjut
Tuesday, April 13, 2010
TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM LUAR NEGARA SESI AKADEMIK 2010/2011
A. TAWARAN BIASISWA
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STAM) tahun 2009 untuk memohon biasiswa tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melanjutkan pengajian Ijazah Luar Negara Tahun Pertama 2010/2011.
1. Penempatan pusat pengajian hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.
2. Program dan institusi yang ditaja adalah seperti berikut:
o Ijazah Pengajian Islam
o Ijazah Perubatan
B. SYARAT ASAS PERMOHONAN
1. Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya satu tahun.
2. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
3. Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan).
C. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK
• Ijazah Pengajian Islam
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 5 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan.
• Ijazah Perubatan
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat Gred A2 dalam mana-mana 6 mata pelajaran atau yang setaraf dengannya dan mata pelajaran tersebut adalah berkaitan khususnya bagi bidang perubatan.
D. CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
2. Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pendidikan.
3. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / asasi sains / pra-universiti / alpha / foundation.
4. Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
5. Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
6. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin.
E. BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan di Bahagian Baitulmal MAIWP: Tingkat 5, Unit Pembangunan Akademik (IPT) Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau layari laman web rasmi kami di www.maiwp.gov.my.
F. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan mestilah dihantar ke:
BAHAGIAN BAITULMAL,
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
UNIT PEMBANGUNAN AKADEMIK (IPT)
BANGUNAN DARUZZAKAH, TINGKAT 5,
LORONG HJ. HUSSEIN 2,
OFF JALAN RAJA MUDA, 50300 KUALA LUMPUR
Sunday, April 11, 2010
Saturday, April 3, 2010
Friday, April 2, 2010
Tazkirah Jumaat Apr 2010
TAZKIRAH JUMAAT
1. 9.4.2010 - US. MUSA BAHARUDDIN
2. 30.4.2010 - US. SALAHUDDIN NASIR
Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah melihat seorang lelaki tidak membasuh kedua tumitnya ketika mengambil wuduk. Maka baginda pun bersabda: Celakalah iaitu mendapat azab Neraka Wail bagi tumit-tumit yang tidak basah sewaktu berwuduk dengan seksaan api Neraka
KULIAH SUBUH APR 2010
KULIAH SUBUH APR 2010
1. 04.4.2010 - US. AHMAD ROSLI
(AKIDAH)
2. 11.4.2010 - US. OMAR SULAIMAN
(FEKAH)
3. 18.4.2010 - US.ZULKIFLI ZAKARIA
(AKIDAH)
4. 25.4.2010 - US.DR ALI SARIPAN
(TAFSIR)
Wednesday, March 31, 2010
Wednesday, February 17, 2010
SOLAT ITU BUANG MASA???.............
SOLAT ITU BUANG MASA???.............
22 Januari 2010 pada 10:55 am (Zikir & Fikir)
Tags: bukan islam, jepun, pembangunan manusia, solat
Oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi Telagabiru.net
SOLAT ITU BUANG MASA?
"Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?"
Anda terkejut?
Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini
ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di
Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar
Malaysia solat lima waktu sehari semalam.
Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia
yang hadir dalam majlis usrah itu:
"Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak diMalaysia?"
Seorang pelajar menjawab, "kerana mereka jarang melihat orang solat."
Yang lain menjawab, "mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak
sekerap dan selama kita umat Islam."
Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam.
Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia
dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama
sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang
terlalu mencabar.
" Ada sebab lain?" tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam.
Mungkin terus berfikir.
"Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien.
Majoritinya tidak membuang masa…" kata saya meluahkan hasil pemerhatian
secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka
membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling
kereta api.
"Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita
luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa.
Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu
timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di
Malaysia? "
"Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa," jawab seorang pelajar
secara spontan. Saya senyum, sambil mengangguk kepala.
Bagi orang yang banyak membuang
masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka
melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai
berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun
tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak
penting (termasuk solat - pada pandangan mereka) sangat membazir masa.
"Apa yang saudara jawab?" tanya saya menduga. Gembira melihat mereka
tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya
timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
" Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima
jawapan yang begitu."
"Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu."
" Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?"
"Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada
hamba itu sendiri," jawab saya.
"Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau
kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?" tanya
seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan
berani.
"Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi
kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya?
Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu
menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat "maintanance" kapal terbang, kereta
api elektrik ("bullet train") dan kereta kamu…" terang saya.
Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim
dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan
tingkap yang terbuka. Nyaman.
"Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera
teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?"
"Tentulah manusia," jawab mereka hampir serentak.
"Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa
selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak
selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?
"Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?"
"Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami
"maintenance" diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan
alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri."
"Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri
pda seorang manusia?"
"Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati,
menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam
solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan
kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang
mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!"
"Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya
terkawal," sampuk seorang pelajar di barisan belakang.
"Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun
masalah yang mereka hadapi," tambah yang lain.
"Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!"
"Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang
beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting
sekali dalam kehidupan seorang manusia," ujar saya sebagai satu kesimpulan.
SOLAT ITU SOAL PERIBADI?
Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah
orang Islam sendiri dengan solat.
"Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun
dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing."
"Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib
mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal
peribadi," tekan saya.
"Mengapa?"
"Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran."
"Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga
dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu
mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…"
"Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran
datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja," tusuk saya perlahan.
"Kemungkaran dalam kerja? Apa tu?"
"Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu
domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang
melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit
menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi
dan perjalanan syarikat secara keseluruhan."
"Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan
untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan."
"Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah
kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam
apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan."
"Kenapa?" tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu
masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan
dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan
orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah
laku dalam syarikatnya.
"Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang
yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri.
Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.."
"Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula,
sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi
kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita," katanya berterus-terang.
"Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh
kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk
manusia jadi baik."
Dia merenung muka saya lalu berkata,"tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?"
"Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?" balas saya.
Setelah melihat dia diam, saya menambah, "sebenarnya kita perlu
kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran
profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan
secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah
seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?"
" Kos … kos dan peruntukan latihan akan bertambah," balasnya.
Kali ini saya pula terdiam.
"Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa
untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?"
"Itu soal pihak atasan…" kilasnya.
"Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan
bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan
kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah
tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan
lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka."
"Baik tu baik. Tetapi…"
"Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya
khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang
tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik.
Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti
dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran
berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit!
Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan," pujuk saya.
Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata,
"insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu."
Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah,
kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa
pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang
paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam….
tetapi oleh orang Islam sendiri.
Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan.
Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!
Wednesday, January 27, 2010
ARTIKEL DARI ARABIC2U.MY
Artikel dari http://arabic2u. my/?p=579
Al-Quran ialah kalam Allah yang merupakan salah satu mu'jizat Nabi sallallahu'alaihiwasallam. Ia juga merupakan panduan hidup umat Islam. Namun bagaimana seorang yang tidak mengetahui Bahasa Arab dapat merasai kehebatan kalam Allah dan dapat manfaat darinya sebagai panduan hidup ? Oleh itu, umat Islam dituntut mempelajari Bahasa Arab, jika tidak mampu hendaklah mempelajari terjemahan dan tafsir Quran dan paling tidak cuba melihat terjemahan ayat bila setiap kali membaca Quran. Ini kerana Quran bukan sahaja kitab yang hanya dibaca untuk mendapat pahala tetapi lebih dari itu ia sebuah kitab yang dibaca untuk memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan umat Islam. Allah ta'ala berfirman dalam Surah Muhammad ayat 24 :
أَفَلا يَتَدَبَّرُوْنَ القُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلْوْبٍ أَقْفَالُهَا (24
Yang bermaksud: (setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
Firman Allah ta'ala lagi dalam surah Sod ayat 29:
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوْا ءَايَاتِه وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الأَلْبَابِ(29
Yang bermaksud: (Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
Imam An-Nawawi berkata dalam menerangkan tujuan dan adab-adab membaca Quran: "Maka apabila seseorang mula membaca Quran, hendaklah dia tunduk rendah diri(dihadapan kalam Allah), dan memikirkan ayat-ayat yang dibaca. Dalil-dalil menuntut berbuat demikian terlalu banyak dan jelas tidak perlu disebut lagi. Itulah tuntutan dan tujuan bacaan Quran."
Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam ada menceritakan kepada kita akan muncul satu masa umat Islam membaca Quran tanpa memikirkan ayat-ayatnya, bersabda beliau sallallahu'alaihiwasallam
سَيَخْرُجُ أَقْوَام مِنْ أُمَّتِيْ يَشْرَبُوْنَ القُرْآنَ كَشُرْبِهِمْ اللَبَن. رَوَاهُ الطَبَرَانِي
Yang bermaksud:" Akan muncul kaum-kaum dari umatku yang mereka membaca Quran seperti mereka minum susu".
Imam An-Nawawi dalam kitab Faidh Al-Qadir menerangkan hadis diatas dengan berkata: iaitu mereka menyebut ayat-ayat Quran dengan lidah-lidah mereka tanpa memikirkan makna-maknanya, tidak merenung hukum-hakamnya. Bahkan lidah-lidah mereka menyebut ayat-ayat Quran seperi susu yang lalu dihalkum dengan cepat(apabila mereka minum)".
NOTA:
PROGRAM MEMAHAMI JUZU' AMMA:
Kelas Bahasa Arab Quran: 9.30pagi – 10.45pagi setiap Sabtu bersama Dr Mohammad Al-Belghith. Pendaftaran sila sms 012-9637287/ 0192888954.
Thursday, January 21, 2010
JADUAL KULIAH MAGHRIB
JADUAL KULIAH MAGHRIB 22 jan – 28 jan 2010
JUMAAT 22 JAN 2010 |
UST RADHI MOHD REJAB |
FEKAH |
SABTU 23 JAN 2010 |
UST MUSA BAHARUDDIN |
HADIS |
AHAD 24 JAN 2010 |
DR ALI SARIPAN |
TASAUF |
ISNIN 25 JAN 2010 |
| |
SELASA 26 JAN 2010 |
| |
RABU 27 JAN 2010 | ||
KHAMIS 28 JAN 2010 |
TAHLIL/BACAAN YASSIN |