Masjid Sungai Sekamat

Masjid Sungai Sekamat

PEGAWAI & AJK MASJID 2012-2015

PEGAWAI & AJK MASJID 2012-2015

AJK KHAIRAT KEMATIAN

AJK KHAIRAT KEMATIAN
KLIK UNTUK MUAT TURUN JADUAL

PEGAWAI AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR

PEGAWAI AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR

SENARAI KEAHLIAN (XLS FILE)

SENARAI KEAHLIAN (XLS FILE)
Semak status keahlian terkini. Mohon kerjasama ahli supaya menjelaskan yuran khairat yg tertunggak. Sebagai kemudahan, ahli juga boleh bayar terus melalui bank, seperti maklumat berikut:- Bank: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) Nama Akaun - KHAIRAT KEMATIAN MASJID SUNGAI SEKAMAT No Akaun - 12092010035111 Sila emailkan bank slip kpd En. Yusoff Talib ( yusoff.talib@gmail.com ) sebagai bukti bayaran. InsyaAllah, pengeluaran resit akan di lakukan.

RUANG IKLAN TABUNG MASJID

Friday, June 25, 2010

PAPARAN OLEH NAZIR SEMPENA ISRA’ DAN MIKRAJ

ISRA' DAN MIKRAJ

Bulan berlakunya peristiwa isra' dan mikraj keatas Nabi Muhammad SAW pada tahun kesebelas selepas kenabian Baginda. Pada malam tersebut Allah SWT telah isra'kan Baginda daripada Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Seterusnya Baginda dimikraj ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT. Seterusnya Baginda dikembalikan semula ke Mekah semuanya dalam masa satu malam sahaja .

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Isra':1)

Allah SWT memerintahkan secara terus kepada Rasulullah SAW tanpa melalui malaikat Jibrail mengenai fardhu solat lima waktu semasa isra' dan mikraj.

Anugerah ibadah solat adalah langkah paling tepat bagi kita. Ini kerana solat adalah satu sistem yang sangat lengkap kearah membentuk modal insan soleh yang di kehendaki oleh Islam. Dengan solat seseorang mendapat ketenangan jiwa, menjadi perisai daripada terjebak melakukan dosa dan maksiat. Sesungguhnya ibadah solat menjadi penanda aras kekuatan ummah.

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut:45)

Menerusi ayat tersebut Allah SWT telah menegaskan bahawa ibadah solat dapat mencegah berbagai perbuatan keji dan mungkar dalam kehidupan harian.

Satu lagi pengajaran besar dalam peristiwa isra' dan mikraj ialah betapa tingginya kedudukan dan peranan masjid dalam kehidupan kita. Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa adalah rumah ibadah suci umat Islam yang menjadi simbol penyatuan ummah.

Kedatangan 27 Rejab setiap tahun menjadi pembakar semangat setiap Muslim untuk mempertahankan kesuciaan Masjidil Aqsa yang kini dijajah olah rejim Yahudi. Perkaitan Masjidil Aqsa dalam isra' dan mikraj ini menjadi peringatan agar janganlah kita lupa hak ke atas Masjidil Aqsa yang menjadi tanah wakaf kepada umat Islam .

Islam memandang mulia tanah Palestin. Ini disebabkan ramainya nabi dan rasul, yang menjadikan Masjidil Aqsa sebagai pusat gerakan dakwah. Bahkan persinggahan nabi di lihat sebagai satu penghormatan kepada bani Israel itu sendiri dan membuktikan Islam adalah agama kesatuan.

Hakikat persinggahan Rasulullah di Masjidil Aqsa sebenarnya memberi kesedaran kepada bangsa Yahudi sekarang ini bahwa nabi-nabi mereka sebenarnya tidak pernah bermusuhan dengan Nabi Muhammad SAW. Bahkan rasulrasul mereka bersetuju menjadi makmum dan Muhammad SAW sebagai imam yang memimpin solat berjemaah di masjidil Aqsa beribadah kepada Allah yang Maha Esa.

Dari Anas RA katanya: Nabi Muhammad SAW telah bersabda: ..selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu, maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang, lalu aku memohon kepada Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja), maka Allah SWT berfirman "Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya), keputusan Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti." (Bukhari)


 


 

PERISTIWA DALAM PERJALANAN

Dalam perjalanan isra' dan mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan beberapa peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.Sebahagian daripadanya adalah:

-Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala untuk bersujud (sembahyang).

-Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghina) orang.

-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah yang melakukan zina sedangkan masing-masing mempunyai isteri / suami.

-Kaum yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

-Kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukan.


 

SUSU ATAU ARAK

Dari Abu Hurairah RA katanya: Pada malam terjadinya isra' dan mikraj di Baitul Maqdis, baginda dihidangkan dua gelas minuman berisi arak dan susu. Setelah baginda meneliti kedua gelas itu, baginda mengambil gelas berisi susu. Berkata Jibrail "Segala puji bagi Allah yang membimbing anda memilih yang suci. Seandainya anda memilih arak, nescaya sesatlah umatmu". (Muslim)

Susu dan arak adalah simbolik kepada dua nikmat yang berbeza. Satunya bersifat nikmat sementara dan satu lagi bersifat nikmat yang kekal. Sebagaimana yang ditekankan oleh ajaran Islam, arak adalah haram kerana ia memabukkan sekalipun padanya terdapat beberapa kebaikan yang lain tetapi yang nyata keburukannya telah mengatasi kebaikan. Arak mampu membuatkan manusia hilang pertimbangan dan mengheret kepada berlakunya beberapa perkara buruk seperti maksiat, pembunuhan dan sebagainya. Oleh itu orang-orang Islam ditegah sama sekali meminum arak. Sebaliknya pada minuman susu, ia menjadi minuman yang bukan sahaja tidak memabukkan bahkan boleh mengubati penyakit. Madu dan susu merupakan minuman kegemaran Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment