REJAB 1431
SEKAPUR SIREH
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kita kini berada didalam bulan Rejab, bulan yang padanya mencatatkan sejarah penting bagi umat Islam,iaitu peristiwa isra' dan mikraj. Peristiwa ini merupakan mukjizat yang membuktikan kekuasaan Allah SWT. Isra' dan mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran yang mampu memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan akur akan kekuasaan Nya. Nukilan bulan ini membawa kita menjelajah peristiwa isra' dan mikraj.
Masjidil Aqsa merupakan tempat yang istimewa dalam peristiwa isra' dan mikraj kini dalam genggaman rejim Zionis. Rejim ini terus menerus melakukan kekejaman terhadap penduduk Palestin. Saya berharap kita sama-sama akan melakukan apa sahaja yang kita boleh untuk membebaskan mereka dari cengkaman rejim ini. Setidaktidaknya dengan mendoakan supaya mereka terlepas dari kekejaman. Menderma dalam apa jua bentuk samaada masa, tenaga, dan harta. Dan tidak kurang hebat impaknya kalau kita hentikan penglibatan kita dengan tidak membeli produk-produk syarikat yang menyumbang kepada Israel.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kariah yang telah sama-sama menyertai kerja gotong royong membersih tanah perkhuburan Kampung Sungai Sekamat pada 20 Jun 2010 yang lalu.
Nazir,
(Haji Noradzmi b. Haji Nordin)
No comments:
Post a Comment