Masjid Sungai Sekamat

Masjid Sungai Sekamat

PEGAWAI & AJK MASJID 2012-2015

PEGAWAI & AJK MASJID 2012-2015

AJK KHAIRAT KEMATIAN

AJK KHAIRAT KEMATIAN
KLIK UNTUK MUAT TURUN JADUAL

PEGAWAI AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR

PEGAWAI AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR

SENARAI KEAHLIAN (XLS FILE)

SENARAI KEAHLIAN (XLS FILE)
Semak status keahlian terkini. Mohon kerjasama ahli supaya menjelaskan yuran khairat yg tertunggak. Sebagai kemudahan, ahli juga boleh bayar terus melalui bank, seperti maklumat berikut:- Bank: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) Nama Akaun - KHAIRAT KEMATIAN MASJID SUNGAI SEKAMAT No Akaun - 12092010035111 Sila emailkan bank slip kpd En. Yusoff Talib ( yusoff.talib@gmail.com ) sebagai bukti bayaran. InsyaAllah, pengeluaran resit akan di lakukan.

RUANG IKLAN TABUNG MASJID

Thursday, April 22, 2010

INFO CUKAI

INFO CUKAI

Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan 2009 dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi individu yang menerima pendapatan daripada sumber selain perniagaan adalah pada/ sebelum 30 April 2010.

Monday, April 19, 2010

OTAK YANG LESU

TIP PILIHAN: OTAK YANG LESU

Oleh: Irfan Khairi

Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?

Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.

Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.

Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!

Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

Hadiri majlis-majlis ilmu untuk mendapat lebih banyak input dalam diri kita. Dengan membuka minda kepada lebih banyak input, kita akan dapat melihat lebih banyak peluang-peluang yang ada disekeliling kita.

Sunday, April 18, 2010

Menuju Solat Sempurna

Menuju Solat Sempurna

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu mengerti apa yang kamu ucapkan !

( An Nisa:43)

Memahami Bacaan Solat

•Memahami erti kata per kata tiap bacaan

•Bacaan boleh berbeza, asal tahu dasarnya dan mengerti ertinya

•Saling menghormati perbezaan pendapat

•Bacaan solat Nabi bermacam-macam

•Memahami bacaan solat itu mudah…

Bahkan sangat mudah, hafalkan sekarang juga!

•Memahami bacaan solat itu penting…

Jauh lebih penting dari belajar bahasa apapun.

Lupakan belajar yang lain jika belum dapat memahami bacaan solat. Inilah yang perlu didahulukan!

•Memahami bacaan solat perlu disegerakan...

Agar solat tidak terasa hampa, sia-sia.

•Memahami bacaan solat itu harus!

Agar solat lebih berarti, lebih menyenangkan, lebih khusyu'dan lebih bermanfaat…

Sila lawati www.shalatsempurna.com
untuk maklumat lanjut

Tuesday, April 13, 2010

TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM LUAR NEGARA SESI AKADEMIK 2010/2011

A. TAWARAN BIASISWA

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STAM) tahun 2009 untuk memohon biasiswa tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melanjutkan pengajian Ijazah Luar Negara Tahun Pertama 2010/2011.

1.    Penempatan pusat pengajian hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.

2.    Program dan institusi yang ditaja adalah seperti berikut:

o    Ijazah Pengajian Islam

o    Ijazah Perubatan

B. SYARAT ASAS PERMOHONAN

1.    Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya satu tahun.

2.    Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.

3.    Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan).

C. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

•    Ijazah Pengajian Islam

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 5 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan.

•    Ijazah Perubatan

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat Gred A2 dalam mana-mana 6 mata pelajaran atau yang setaraf dengannya dan mata pelajaran tersebut adalah berkaitan khususnya bagi bidang perubatan.

D. CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

1.    Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

2.    Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pendidikan.

3.    Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / asasi sains / pra-universiti / alpha / foundation.

4.    Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.

5.    Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.

6.    Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin.

E. BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan di Bahagian Baitulmal MAIWP: Tingkat 5, Unit Pembangunan Akademik (IPT) Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau layari laman web rasmi kami di www.maiwp.gov.my.

F. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan mestilah dihantar ke:

BAHAGIAN BAITULMAL,

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

UNIT PEMBANGUNAN AKADEMIK (IPT)

BANGUNAN DARUZZAKAH, TINGKAT 5,

LORONG HJ. HUSSEIN 2,

OFF JALAN RAJA MUDA, 50300 KUALA LUMPUR

Friday, April 2, 2010

Tazkirah Jumaat Apr 2010

TAZKIRAH JUMAAT


 

1. 9.4.2010 - US. MUSA BAHARUDDIN


 

2. 30.4.2010 - US. SALAHUDDIN NASIR


 

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah melihat seorang lelaki tidak membasuh kedua tumitnya ketika mengambil wuduk. Maka baginda pun bersabda: Celakalah iaitu mendapat azab Neraka Wail bagi tumit-tumit yang tidak basah sewaktu berwuduk dengan seksaan api Neraka

KULIAH SUBUH APR 2010

KULIAH SUBUH APR 2010

1. 04.4.2010 - US. AHMAD ROSLI

(AKIDAH)

2. 11.4.2010 - US. OMAR SULAIMAN

(FEKAH)

3. 18.4.2010 - US.ZULKIFLI ZAKARIA

(AKIDAH)

4. 25.4.2010 - US.DR ALI SARIPAN

(TAFSIR)

JADUAL PENGAJIAN APRIL 2010

klik untuk besar imej

Wednesday, February 17, 2010

SOLAT ITU BUANG MASA???.............

SOLAT ITU BUANG MASA???.............

22 Januari 2010 pada 10:55 am (Zikir & Fikir)

Tags: bukan islam, jepun, pembangunan manusia, solat

Oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi Telagabiru.net


 

SOLAT ITU  BUANG MASA?


 

"Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?"
 Anda terkejut?

Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini

ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di

Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar

Malaysia solat lima waktu sehari semalam.

Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia

yang hadir dalam majlis usrah itu:

"Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak diMalaysia?"

Seorang pelajar menjawab, "kerana mereka jarang melihat orang solat."

Yang lain menjawab, "mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak

sekerap dan selama kita umat Islam."

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam.

Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia

dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama

sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang

terlalu mencabar.

" Ada sebab lain?" tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam.

Mungkin terus berfikir.

"Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien.

Majoritinya tidak membuang masa…" kata saya meluahkan hasil pemerhatian

secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka

membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling

kereta api.

"Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita

luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa.

Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu

timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di

Malaysia? "

"Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa," jawab seorang pelajar

secara spontan. Saya senyum, sambil mengangguk kepala.
Bagi orang yang banyak membuang

masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka

melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai

berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun

tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak

penting (termasuk solat - pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

"Apa yang saudara jawab?" tanya saya menduga. Gembira melihat mereka

tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya

timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.

" Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima

jawapan yang begitu."

"Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu."

" Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?"

"Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada

hamba itu sendiri," jawab saya.

"Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau

kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?" tanya

seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).

Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan

berani.

"Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi

kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya?

Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu

menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat "maintanance" kapal terbang, kereta

api elektrik ("bullet train") dan kereta kamu…" terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim

dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan

tingkap yang terbuka. Nyaman.

"Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera

teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?"

"Tentulah manusia," jawab mereka hampir serentak.

"Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa

selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak

selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?

"Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?"

"Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami

"maintenance" diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan

alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri."

"Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri

pda seorang manusia?"

"Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati,

menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam

solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan

kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang

mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!"

"Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya

terkawal," sampuk seorang pelajar di barisan belakang.

"Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun

masalah yang mereka hadapi," tambah yang lain.

"Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!"

"Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang

beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting

sekali dalam kehidupan seorang manusia," ujar saya sebagai satu kesimpulan.

SOLAT ITU SOAL PERIBADI?

Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah

orang Islam sendiri dengan solat.

"Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun

dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing."

"Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib

mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal

peribadi," tekan saya.

"Mengapa?"

"Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran."

"Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga

dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu

mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…"

"Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran

datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja," tusuk saya perlahan.

"Kemungkaran dalam kerja? Apa tu?"

"Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu

domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang

melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit

menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi

dan perjalanan syarikat secara keseluruhan."

"Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan

untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan."

"Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah

kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam

apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan."

"Kenapa?" tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu

masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan

dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan

orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah

laku dalam syarikatnya.

"Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang

yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri.

Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.."

"Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula,

sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi

kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita," katanya berterus-terang.

"Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh

kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk

manusia jadi baik."

Dia merenung muka saya lalu berkata,"tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?"

"Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?" balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, "sebenarnya kita perlu

kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran

profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan

secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah

seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?"

" Kos … kos dan peruntukan latihan akan bertambah," balasnya.

Kali ini saya pula terdiam.

"Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa

untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?"

"Itu soal pihak atasan…" kilasnya.

"Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan

bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan

kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah

tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan

lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka."

"Baik tu baik. Tetapi…"

"Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya

khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang

tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik.

Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti

dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran

berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit!

Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan," pujuk saya.

Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata,

"insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu."

Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah,

kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa

pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang

paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam….

tetapi oleh orang Islam sendiri.

Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan.

Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!

Wednesday, January 27, 2010

ARTIKEL DARI ARABIC2U.MY

Artikel dari http://arabic2u. my/?p=579

 
 

Al-Quran ialah kalam Allah yang merupakan salah satu mu'jizat Nabi sallallahu'alaihiwasallam. Ia juga merupakan panduan hidup umat Islam. Namun bagaimana seorang yang tidak mengetahui Bahasa Arab dapat merasai kehebatan kalam Allah dan dapat manfaat darinya sebagai panduan hidup ? Oleh itu, umat Islam dituntut mempelajari Bahasa Arab, jika tidak mampu hendaklah mempelajari terjemahan dan tafsir Quran dan paling tidak cuba melihat terjemahan ayat bila setiap kali membaca Quran. Ini kerana Quran bukan sahaja kitab yang hanya dibaca untuk mendapat pahala tetapi lebih dari itu ia sebuah kitab yang dibaca untuk memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan umat Islam. Allah ta'ala berfirman dalam Surah Muhammad ayat 24 :

            أَفَلا يَتَدَبَّرُوْنَ القُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلْوْبٍ أَقْفَالُهَا (24

Yang bermaksud: (setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
Firman Allah ta'ala lagi dalam surah Sod ayat 29:


 

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوْا ءَايَاتِه وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الأَلْبَابِ(29


Yang bermaksud: (Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
Imam An-Nawawi berkata dalam menerangkan tujuan dan adab-adab membaca Quran: "Maka apabila seseorang mula membaca Quran, hendaklah dia tunduk rendah diri(dihadapan kalam Allah), dan memikirkan ayat-ayat yang dibaca. Dalil-dalil menuntut berbuat demikian terlalu banyak dan jelas tidak perlu disebut lagi. Itulah tuntutan dan tujuan bacaan Quran."
Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam ada menceritakan kepada kita akan muncul satu masa umat Islam membaca Quran tanpa memikirkan ayat-ayatnya, bersabda beliau sallallahu'alaihiwasallam


سَيَخْرُجُ أَقْوَام مِنْ أُمَّتِيْ يَشْرَبُوْنَ القُرْآنَ كَشُرْبِهِمْ اللَبَن. رَوَاهُ الطَبَرَانِي


Yang bermaksud:" Akan muncul kaum-kaum dari umatku yang mereka membaca Quran seperti mereka minum susu".


Imam An-Nawawi dalam kitab Faidh Al-Qadir menerangkan hadis diatas dengan berkata: iaitu mereka menyebut ayat-ayat Quran dengan lidah-lidah mereka tanpa memikirkan makna-maknanya, tidak merenung hukum-hakamnya. Bahkan lidah-lidah mereka menyebut ayat-ayat Quran seperi susu yang lalu dihalkum dengan cepat(apabila mereka minum)".

NOTA:
PROGRAM MEMAHAMI JUZU' AMMA:
Kelas Bahasa Arab Quran: 9.30pagi – 10.45pagi setiap Sabtu bersama Dr Mohammad Al-Belghith. Pendaftaran sila sms 012-9637287/ 0192888954.

Thursday, January 21, 2010

JADUAL KULIAH MAGHRIB

JADUAL KULIAH MAGHRIB 22 jan – 28 jan 2010

JUMAAT

22 JAN 2010


 

UST RADHI MOHD REJAB


 

FEKAH

SABTU

23 JAN 2010


 

UST MUSA BAHARUDDIN


 

HADIS

AHAD

24 JAN 2010


 

DR ALI SARIPAN


 

TASAUF

ISNIN

25 JAN 2010


 

 

SELASA

26 JAN 2010


 

 

RABU

27 JAN 2010

  

KHAMIS

28 JAN 2010


 

TAHLIL/BACAAN YASSIN

 

Wednesday, January 20, 2010

BURUK BAIK MEREBUT NAMA ALLAH OLEH YUSSAMIR YUSOF

BURUK BAIK MEREBUT NAMA ALLAH

Oleh Yussamir Yusof | www.yussamir.com

Terdapat beberapa orang meminta saya mengulas isu Tuntutan penggunaan nama Alah oleh agama Kristian. Sebenarnya saya sudah menulis perkara ini tahun lepas. Namun ulasan pertama saya terpaksa diralat dan menukar dari bersetuju kepada tidak setuju. Hal ini berlaku selepas mengadakan perbincangan dengan mereka yang terlibat secara terus dalam isu ini dan juga dari pembacaan.

Tulisan ini saya siapkan semasa berada di Jogjakarta, dan kebanyakkan input dari beberapa progress terbaru saya dapati dari akhbar-akhbar online. Moga perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat merungkaikan beberapa persoalan dan permasalahan dari sudut beberapa sudut pandangan. Namun begitu, saya tidak menyetuh soal perlembagaan dan hal-hal kritikal yang melibatkan perundangan.


 

SEJARAH TUNTUTAN

Isu tuntutan penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian untuk Tuhan mereka sebenarnya sudah lama berlaku. Hanya sedar atau tidak, sejak tahun 1986 lagi, perkara ini telah dibangkitkan oleh orang Kristian melalui organisasi keagamaan mereka. Ketika perjumpaan antara agama yang diadakan di Kuala Lumpur, wakil-wakil Kristian telah menyuarakan rasa tidak senang mereka terhadap KDN kerana melarangan menggunakan perkataan alKitab untuk Bible dan beberapa istilah Islam seperti Allah, Firman, Syariat, Rasul, Wahyu, Injil dan beberapa perkataan lagi.

Kemudian setelah berpuluh tahun, isu ini dimainkan kembali. Maka ramailah yang melatah dan terpinga-pinga, lebih-lebih lagi umat Islam yang sekadar atas nama. Isu ini bukan sahaja memperalatkan sentimen dan sensetiviti umat Islam di Malaysia, tetapi ia juga sedang menguji tahap imuniti umat Islam terhadap akidah mereka.

Suka atau tidak, umat Islam harus sedar bahawa orang-orang bukan Islam tidak akan rela kepada Islam selama-lamanya. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 120,"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."

Kembali kepada isu pengggunaan nama Allah dalam Bible. Kebanyakkan tulisan-tulisan yang saya baca tentang isu ini, semuanya berbaur emosi yang pekat. Malah ada yang menggunakan perkataan yang buruk dan jelek, kononnya semua itu dilakukan demi mempertahankan kesucian agama Islam. Islam tidak memerlukan perkataan-perkataan buruk dan jelek untuk dijadikan perisai, kerana Islam adalah agama hujah dan rasional. Lebih dari itu, Islam sendiri melarang penganutnya menggunakan perkataan keji dan mungkar untuk diucapkan.

MEMAHAMI MAKNA NAMA ALLAH

Perkataan Allah berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud Tuhan yang Satu. Manakala penggunaannya pula khusus untuk merujuk kepadaTuhan yang Satu, Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memiliki alam semesta. Perkataan ini juga digunakan selain dari agama Islam, iaitu Yahudi dan Kristian dalam bahasa Arab.

Dalam terjemahan Bible bahasa Melayu, perkataan Allah turut digunakan sebagai kata ganti perkataan Inggeris Lord. Selain daripada itu, asal perkataan Allah dari kata Arab Ta'allaha (atau Alaha) yang memberi maksud 'Disembah'. Oleh itu, perkataan Allah itu boleh juga bermaksud, "satu-satunya yang layak disembah".


Syeikh Abdullah Sirajuddin dalam Haula Tafsir surah al-Fatihah berkata, "Allah adalah isim alam. Menunjukkan terhadap zat Allah Ta'ala Rab al-Alamin, Tuhan yang disembah dengan sebenar, bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang tidak boleh dihitung, dihadkan dan terbatas. Allah suci dari segala keaiban dan kelemahan, Esa dengan sifat wajib dan tidak layak seseorang pun atau mana-mana makhluk pun menamakan dengan nama-Nya. Dengan sebab itulah kalimah Allah tidak diduakan atau dijamakkan (dibanyakkan). "

MEMAHAMI DUA PANDANGAN

Sarjana Islam ketika membincangkan perkara ini, mereka terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, mereka menerima penggunaan nama Allah oleh orang-orang Kristian. Kedua, mereka menolak penggunaan nama Allah oleh orang-orang Kristian.

SARJANA YANG MENERIMA

Para Sarjana Islam yang menerima dan membenarkan penggunaan nama Allah oleh orang-orang Kristian menyatakan bahawa orang-orang bukan Islam khususnya Kristian dan Yahudi sudah lama telah lama digunakan. Malahan ia tidak pernah dilarang oleh Rasulullah dan juga generasi para salafusoleh, lebih-lebih lagi ketika mereka berdialog dengan orang-orang bukan Islam.

Mereka berdalilkan dengan beberapa firman Allah dalam al-Quran misalnya dalam surah at-Taubah ayat 30, "Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al Masih itu putera Allah." Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling?"

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 25, "Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah."Katakanlah : "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."
Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 61, "Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentumereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)."

Firman Allah dalam surah az-Zukhruf ayat 87, "Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab: "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah )?"


Selain daripada dalil-dalil di atas, Kitab bible berbahasa arab yang bernama al-Kitab al-Muqaddas juga telah lama digunakan dan di dalamnya terdapat nama Allah. Dan Allah yang digunakan ini merujuk kepada Tuhan mereka. Misalnya dalam Kitab Kejadian (Genesis).

SARJANA YANG MENOLAK

Manakala sebahagian Sarjana Islam yang lain telah mengharamkan penggunaan nama Allah ini secara mutlak. Pengharaman ini dilakukan kerana orang-orang bukan Islam khususnya Kristian, tidak menyifatkan nama Allah pada sifat yang benar.

Pada pandangan mereka, nama Allah seharusnya mempunyai sifat yang Esa, tidak ada sekutu bagi Dia, tidak diperanakkan, dan lain-lain. Sifat-sifat Allah yang sesuai dan layak bagi-Nya telah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Ikhlas dari ayat pertama hingga akhir.

Firman Allah, "Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

Menurut sebuah riwayat, ayat ini diturunkan oleh Allah ketika orang-orang Musyrikin meminta penjelasan tentang sifat-sifat Allah kepada Rasulullah shallahu-alaihi wasalam, dengan berkata: "Jelaskan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu." (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dari Abi Aliyah yang bersumber dari Ubay bin Ka'ab. Diriwayatkan pula oleh at-Thabarani dan Ibnu jarir yang bersumber dari Jabir bin Abdillah dan dijadikan dalil bahwa surah ini adalah ayat Makkiyah)


Manakala dalam riwayat yang lain diceritakan bahawa orang-orang Yahudi telah datang menghadap kepada Nabi Shallahu alaihi wasalam. Dan diantaranya Ka'bubnul 'asyraf dan Hay bin Akhtab. Mereka berkata: "Hai Muhammad, lukiskan sifat-sifat Tuhan yang mengutusmu." Kemudian turunlah ayat ini bagi menjelaskan sifatt-sifat yang layak bagi Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu Abbas. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Qatadah dan Ibnu Mundzir yang bersumber dari Sa'id bin Jubair. Dengan riwayat ini Sa'id bin Jubair menegaskan bahwa surah ini Madaniyyah)

Yang jelas dari kedua-dua padangan ini ialah, nama Allah harus diletakkan pada sifat zat yang hak dan sesuai untuk-Nya. Sifatnya yang Esa, tidak beranak dan diperanakann, Maha berkuasa dan tidak ada sekutu bagi-Nya.

Namun dalam kondisi untuk mengikuti syarat ini, orang-orang bukan Islam khususnya Kristian, tidak meletakkan sifat-sifat ini pada nama Allah yang mereka mahu gunakan. Orang-orang Kristian merujuk Allah kepada tuhan yang ada sekutu bagi-Nya iaitu akidah Triniti ; 1 Tuhan dalam 3 Peribadi yang berbeza.

Prof Dr HAMKA dalam bukunya yang bertajuk Hak Asasi Manusia ketika menjelaskan mengapa orang-orang bukan Islam; Nasrani, Yahudi dan Jahiliah yang menyebut Allah, dengan berkata, "Mereka mengakui ke-Esaan Allah, tetapi itu sekadar pengakuan. Namun hakikat sebenarnya tentang hubungan manusia dengan Allah tidaklah mereka percayai dan tidak mereka endahkan. Mereka telah mencabut kekuasaan yang ada pada Allah...Mereka tahu nama Allah tetapi mereka memuja benda yang lain...Malahan ketika ditanya mengapa mereka menyembah berhala, mereka menjawab sepertimana yang disebutkan Allah dalam surah az-Zumar ayat 3, "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya".

KESIMPULAN

Isu penggunaan nama Allah ini harus dilihat dari sudut waqi' (masyarakat) dan juga negara. Malaysia adalah negara yang berbilang agama dan bangsa. Kepelbagaian ini boleh mendatangkan bermacam persepsi dan tanggapan, sama ada yang buruk atau baik. Lebih-lebih lagi isu penggunaan nama Allah yang menjadi isu yang sensItif antara Islam dan Kristian.

Para pemerhati dan juga para tokoh-tokoh Agama Malaysia melihat isu ini lebih kepada provokasi dan percubaan menghuru-harakan masyarakat Malaysia.

Misalnya, Prof Dato' Paduka Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pensyarah Jabatan fiqh dan Usul di UIAM berkata, "Hasil penelitian saya, Akhbar Herald Catholic sengaja mencetuskan provokasi Islam Melayu kita dengan menyentuh perkara paling sensetif. Ia memburukkan lagi dengan tindakan seorang menteri yang tidak menjaga sensitiviti ini. Kita sanggup bangkit mempertahankan hak ini kerana Allah sendiri mewajibkan kita berjuang sekiranya kesucian Islam dicemari. Jangan sentuh semangat jihad kami."

Hujah mereka yang menyokong penggunaan nama Allah ini dengan mengatakan bahawa sudah lama terdapat penggunaan nama Allah di dalam bible berbahasa Arab dan Indonesia juga tidak dapat diterima. Seperti yang dibincangkan di atas, Allah yang disebut dan ditulis haruslah mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Manakala Bible berbeza dan tidak selari, kerana dengan jelas telah merujuk Allah kepada akidah Triniti; Bapa Allah di Syurga, Jesus adalah anaknya, dan Ruhul Kudus merupakan salah satu oknum (sifat) dari tiga Oknum Triniti.

Dari segi berjaga-jaga bagi melindugi atau memastikan keamanan dan keselamatan semua orang di Malaysia. Penggunaan kaedah Sad Zara'i iaitu menutup pintu-pintu kejahatan dan keburukan adalah perlu dalam isu ini.

Tindakan kerajaan mengharamkan penggunaan nama Allah orang agama lain khususnya Kristian bertepatan dengan kaedah Sad Zara'i ini. Sesuai dengan tugas pemerintah iaitu menjaga kemaslahatan rakyat, larangan ini seharusnya diwartakan dengan segera, dan sesiapa yang cuba menafikan atau menguji larangan ini haruslah didakwa dan dikenakan tindakan mahkamah.

Sesuai dengan kaedah menjaga kemaslahatan ummah, Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Dr Mohd Roslan Mohd Nor mengeluarkan kenyataan bagi pihak PUM, "Menterjemahkan perkataan God kepada Allah bagi agama lain tidak sesuai dalam konteks Malaysia yang merujuk kepada Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa. Setelah menimbang maslahah dalam konteks Malaysia, Persatuan Ulama' Malaysia bersetuju mengambil pendirian bersetuju bahawa perkataan Allah tidak wajar digunakan bagi agama lain selain daripada Islam."

SARJANA KRISTIAN TURUT MENOLAK

Untuk tambahan maklumat untuk para pembaca. Bukan sahaja sarjana Islam yang membincangkan perkara ini. Para Sarjana Kritian dan juga para Paderi mereka sendiri berbeza pandangan mengenai penggunaan nama Allah merujuk Tuhan mereka.

Misalnya Presiden Liga Katolik bagi Hak Agama dan Sivil telah membantah saranan dari Biskop Tiny Muskens yang menyeru penganut Kristian menggunakan nama Allah. Begitu juga dengan Pengerusi General Synod of The Dutch Protestant Church, Gerrit de Fijter yang menolak saranan Muskens.

Mashall G.S Hodgson dalam bukunya yang bertajuk The Venture of Islam: Conscience and History in a World Civilization juga menyatakan ketidaksetujuan penggunaan nama Allah di kalangan penganut agama Kristian.

Yang jelas penggunaan nama Allah hanya layak untuk Islam kerana konsep Tauhid yang berbeza di kalangan penganut agama Islam dan agama lain, khususnya Kristian dalam konteks Malaysia. Selain itu penggunaan bahasa Malaysia juga menjadi hujah bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar tanpa dipersekutukan dengan yang lain, dan ini hanya Islam yang layak.

Manakala hujah bahawa orang-orang Musyrikin dan ahlu Kitab dahulu telah menggunakan nama Allah seperti yang disebutkan dalam al-Quran hanyalah membabitkan kepercayaan ketauhidan Rububiyah (iaitu mempercayai bahawa adanya Tuhan), tanpa melibatkan Uluhiyah (percaya bahawa Allah tuhan yang satu dan hanya Dia yang layak disembah) dan Asma' as-Sifat (sifat-sifat Allah yang layak untuk-Nya). Sedangkan penganut agama Islam meletakkan Allah ke dalam tiga-tiga perkata tersebut iaitu Rububiyah, Uluhiyah dan juga Asma' Sifat.

Justeru, pengharaman menggunakan nama Allah oleh agama lain lebih mendatangkan kebaikan dalam konteks Malaysia berbanding membenarkannya. Tambahan, dalam kita ghairah menangani isu nama Allah ini, umat Islam seharusnya melengkapkan diri dengan kefahaman ilmu Islam yang mantap.

Kita tidak boleh selama-lamanya menggunakan undang-undang bagi mempertahankan nama Allah . Selagi mana kefahaman Islam dikalangan masyarakat Islam tidak mantap dan masih ada lompong-lompong kosong. Selagi itu umat Islam di Malaysia akan menghadapi masalah-masalah ini dan akan terus diuji dari semasa ke semasa.

WaAllahualam.

Ulasan ringkas dari,
Yussamir Yusof
Yayasan Pendidikan Islam al-Atsari,
Jogjakarta, Indonesia.

Thursday, January 14, 2010

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

JADUAL KULIAH MUSLIMAT MASJID SG SEKAMAT 2010

BULAN:     JANUARI 2010

HARI:        SABTU

MASA:        3.00 PTG

MINGGU

TARIKH

KULIAH

USTAZAH

2

9 JANUARI

AL-QURAN

ROBIYAH

3

16 JANUARI

FARDHU AIN

RAJA RAPIAH

4

23 JANUARI

UMUM

RODIAH

JADUAL KULIAH MAGHRIB 15 jan – 21 jan 2010

JADUAL KULIAH MAGHRIB

JUMAAT

15 JAN 2010


 

UST NASIR WAHAB

FEKAH

SABTU

16 JAN 2010


 

UST MOHD ANWAR ARIF

HADIS

AHAD

17 JAN 2010


 

UST HJ AHMAD ROSLI

TAFSIR

ISNIN

18 JAN 2010


 

UST HJ OMAR SULAIMAN

TASAUF

SELASA

19 JAN 2010


 

UST DRS REJAB SELAMAT

AKIDAH

RABU

20 JAN 2010

  

KHAMIS

21 JAN 2010


 

TAHLIL/BACAAN YASSIN

 

Monday, January 11, 2010

Borang pendaftaran anak Kariah

Membantu sahabat menghadapi kematian

MESTI BELAJAR/KERANA KITA AKAN MENGHADAPI KEMATIAN

 

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum oleh Ustaz 
Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin dikongsi bersama rakan2 sekalian:-
 
Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin , dengan bacaan yang 
tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 
'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia)... 
 
Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
 
i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.
 
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah 
nazak.
 
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
 
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin , berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz 'Laa ila ha illallah'. 
 
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap 'Laa 
ila ha illallah'lagi.
 
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
 
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam 
menghadapi sakaratul maut. Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan den gan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amiin.

Solat sunat 2 rakaat


Kebesaran Solat Sunat 2 Rakaat

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap
itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000
sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan
berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang
lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang
bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail AS berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail AS solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud."Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa
berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang
hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya
solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka
mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat
bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail AS berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah
berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail AS meminta izin
keada Allah untuk melihat syurgaMa'waa. Setelah Jibrail AS mendapat
izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan
sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia
boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat
Jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya
Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat
yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya
Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat
di dalam semua hari.

Friday, December 11, 2009

MAAL HIJRAH 1431 H

SEMUA DIJEMPUT HADIR

MASJID KARIAH KAMPUNG SG SEKAMAT

17 DIS 2009 (KHAMIS MALAM JUMAAT)

7.30 MLM SELEPAS MAGHRIB

PENCERAMAH: UST DR HJ MOHD ALI SARIPAN AL-HAFIZ

______________________________________________

MAJLIS QIAMULLAIL

18 DIS 2009

JAM 3.30 PAGI

UST HJ OMAR SULAIMAN

_______________________________________________________