Aktiviti Bergambar

Wednesday, June 25, 2014

Assalamu'alaikum wrt,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Moga puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas...

Bersempena kehadiran Ramadhan Al-Mubarak, masjid kita akan menganjurkan program "1 Rumah 1 Kampit Beras". Kita mengharapkan sumbangan 1 kampit beras dari setiap sebuah rumah. InsyaAllah, sumbangan beras tersebut akan kita agih-agihkan kepada fakir miskin di dalam kariah Masjid Sg Sekamat.

Sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada Masjid Sg Sekamat melalui Tuan Bilal Hj Ramli Abdul Rahman (016-6215780) atauTuan Siak En. Kamaruzzaman Sa'aban (019-3058667).

Harapan kita moga sumbangan yang sedikit ini dapat memberi keringanan & kegembiraan kepada fakir miskin kariah kita dalam menjalani ibadah puasa. 

Yang lebih utamanya, kita mengharapkan semoga kita termasuk dalam kalangan orang seperti yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (H.R: At-Tirmidzi)

Jazakallah....

p.s: Sekiranya Tuan/Puan tak sempat nak dapatkan beras, boleh sumbangkan duit. InsyaAllah, kita akan belikan beras bagi pihak Tuan/Puan.

No comments:

Post a Comment