Aktiviti Bergambar

Tuesday, August 31, 2010

SUMBANGAN ANAK YATIM 2010

Program menghidupkan Ramadan anjuran Masjid kariah Sungai Sekamat diteruskan lagi. Sebelum ini masjid telah dihidupkan dengan majlis tazkirah, solat tarawikh, kuliah subuh dan bertadarus. Kali ini anak-anak yatim sekitar kariah Sungai Sekamat telah diraikan dengan penyerahan bantuan sempena Ramadan. 
Program tahunan anjuran masjid ini adalah hasil kutipan dana yang dijalankan sepanjang tahun dan untuk mengambil keberkatan Ramadan sumbangan tersebut telah diserahkan pada hari ahad 19 ramadan 1431h bersamaan 29 Ogos 2010. Diharap penerima sumbangan dapat mengunakan bantuan yang diberi sebaik mungkin dan tidak membelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.



BUBUR LAMBUK 2010


Masjid kariah Sungai Sekamat telah mengadakan program memasak bubur lambuk pada ahad 19 Ramadan 1431H bersamaan 29 Ogos 2010. Program bermula jam 11.00pagi telah diketuai oleh Chef Jemputan Tuan Haji Basri dari Taman Delima. Bubur lambuk yang siap dibungkus telah diagihkan kepada jemaah setelah solat asar