Rasional Program.
Kepekaan masyarakat masa kini untuk mendekatkan remaja kepada institusi masjid perlu dicernakan dalam satu aktiviti ilmiah yang lebih mantap dan berkesan. Sehingga kini pengimarahan masjid banyak menjurus kepada program kelas dewasa. Sudah tiba masanya masjid mengambil peranan mendidik gegerasi muda untuk mencintai dan berminat untuk mendalami ilmu al-Quran dan memantapkan fardu Ain.
Program Daurah Penghayatan Al-Quran ini diketengahkan untuk menarik minat remaja mendekati institusi masjid dan surau terutama untuk mengisi masa lapang mereka seperti dimusim cuti sekolah.
Maklumat Program
Tarikh: 1/12/2009 hingga 24/12/2009
Hari: isnin hingga khamis
Tempoh: 4 minggu
Tempat: Masjid Sungai Sekamat
Oleh: Tn Hj Ahmad Zaki Bin Hj Arsad
Ketua Penolong Pengarah (Dakwah)
Jabatan Agama Islam Selangor
Dengan Kerjasama: ABIM Unit Kajang & Jawatankuasa Masjid Sungai Sekamat
PENGHARAPAN
Diharapkan program Daurah Penghayatan Al-Quran ini bakal memberi kesan kepada anak-anak yang dididik bagi menjana satu pengisian alternatif yang bermenafaat untuk diri. Selain mengimarahkan masjid ianya diharap dapat membantu pengisian ruhani agar kecenderungan kearah kebaikan mampu menjadi suntikan pada jiwa anak-anak untuk bangun sebagai insan Rabbaniah yang mencintai kesucian Al-Quran dan mengaplikasikan cara hidup Islam.