Masjid Sungai Sekamat

Masjid Sungai Sekamat

PEGAWAI & AJK MASJID 2012-2015

PEGAWAI & AJK MASJID 2012-2015

AJK KHAIRAT KEMATIAN

AJK KHAIRAT KEMATIAN
KLIK UNTUK MUAT TURUN JADUAL

PEGAWAI AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR

PEGAWAI AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR

SENARAI KEAHLIAN (XLS FILE)

SENARAI KEAHLIAN (XLS FILE)
Semak status keahlian terkini. Mohon kerjasama ahli supaya menjelaskan yuran khairat yg tertunggak. Sebagai kemudahan, ahli juga boleh bayar terus melalui bank, seperti maklumat berikut:- Bank: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) Nama Akaun - KHAIRAT KEMATIAN MASJID SUNGAI SEKAMAT No Akaun - 12092010035111 Sila emailkan bank slip kpd En. Yusoff Talib ( yusoff.talib@gmail.com ) sebagai bukti bayaran. InsyaAllah, pengeluaran resit akan di lakukan.

RUANG IKLAN TABUNG MASJID

Monday, July 16, 2012

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Semoga ibadat puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas. Berkata Imam Al-Ghazali dalam Ihya' nya, puasa itu mempunyai 3 darjat. Darjat terendah puasa ialah puasa orang awam yang hanya menahan diri daripada makan, minum, melakukan hubungan kelamin dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa. Darjat kedua puasa ialah puasa orang-orang yang seperti di atas dan ditambah dengan menahan mata, telinga, mulut dan seluruh tubuh badan daripada melakukan perkara-perkara yang berdosa. Darjat tertinggi di kalangan orang-orang yang berpuasa ialah orang-orang yang melakukan dua perkara di atas dan ditambah dengan ‘puasa pemikiran’.


Puasa pemikiran? Ya… menurut Imam Ghazali, puasa pemikiran ialah menahan, membebaskan dan memermedekan pemikiran kita daripada berfikir sesuatu selain daripada Allah SWT dan hari akhirat. Pemikiran yang berpuasa akan bebas daripada belenggu dunia yang melekakan. Dan hasilnya mereka sentiasa berfikir tentang redha Allah dan hari Akhirat, tanpa langsung memikirkan dunia, kecuali memikirkan dunia untuk akhirat.