Masjid Sungai Sekamat

Masjid Sungai Sekamat

PEGAWAI & AJK MASJID 2012-2015

PEGAWAI & AJK MASJID 2012-2015

AJK KHAIRAT KEMATIAN

AJK KHAIRAT KEMATIAN
KLIK UNTUK MUAT TURUN JADUAL

PEGAWAI AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR

PEGAWAI AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR

SENARAI KEAHLIAN (XLS FILE)

SENARAI KEAHLIAN (XLS FILE)
Semak status keahlian terkini. Mohon kerjasama ahli supaya menjelaskan yuran khairat yg tertunggak. Sebagai kemudahan, ahli juga boleh bayar terus melalui bank, seperti maklumat berikut:- Bank: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) Nama Akaun - KHAIRAT KEMATIAN MASJID SUNGAI SEKAMAT No Akaun - 12092010035111 Sila emailkan bank slip kpd En. Yusoff Talib ( yusoff.talib@gmail.com ) sebagai bukti bayaran. InsyaAllah, pengeluaran resit akan di lakukan.

RUANG IKLAN TABUNG MASJID

Friday, December 11, 2009

MAAL HIJRAH 1431 H

SEMUA DIJEMPUT HADIR

MASJID KARIAH KAMPUNG SG SEKAMAT

17 DIS 2009 (KHAMIS MALAM JUMAAT)

7.30 MLM SELEPAS MAGHRIB

PENCERAMAH: UST DR HJ MOHD ALI SARIPAN AL-HAFIZ

______________________________________________

MAJLIS QIAMULLAIL

18 DIS 2009

JAM 3.30 PAGI

UST HJ OMAR SULAIMAN

_______________________________________________________

Thursday, December 3, 2009

MENGATUR AKTIVITI ANAK-ANAK DIMUSIM CUTI SEKOLAH


 

Sedar tidak sedar cuti sekolahpun bermula. Ini adalah saat yang paling ditunggu oleh anak-anak. Khususnya mereka yang masih di bangku sekolah. Musim cuti disambut seperti menyambut kemerdekaan kerana seolah-olah ia menandakan bermulanya kebebasan dari beban bangun pagi ke sekolah, beban keletihan mendengar celoteh guru dan beban membuat ulangkaji sebelum peperiksaan tiba.


Cuba jengok di luar rumah kita. Rata-rata kita lihat anak-anak berkumpul di simpang jalan, menunggang motosikal ke hulu ke hilir dan ada yang mundar mandir bersama pasangan masing-masing kononnya tengah kemaruk bercinta. Aktiviti ini biasanya tamat hinggalah ke larut malam dan yang merunsingkan kita ialah tiadanya sebarang halangan daripada ibubapa. Apa agaknya sikap ibubapa apabila anak-anak balik lewat malam? Biasa sahaja? Atau mereka merasakan kebebasan wajar diberikan untuk anak-anak selepas penat belajar? Sepatutnya ibubapa lebih sensitif dengan gelagat dan tingkahlaku anak-anak. Kerana mereka adalah anugerah dan amanah Allah yang perlu dipelihara dan dijaga oleh ibubapa.


Firman Allah Taala yang bermaksud:

Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah ?" Surah An-Nahl : 72.


Perkara yang menjadi persoalan ialah mengapa ada di kalangan ibubapa yang tidak mengambil berat soal didikan nilai mulia di kalangan anak-anak? Nampaknya generasi akan datang bertambah parah lagi kerana melalui pemerhatian ramai di kalangan anak-anak kita yang masih di bangku sekolah sudah ketagih rokok, melakukan hubungan seksual malah ada yang terlibat dengan jenayah berat seperti, ketagih dadah, menyamun dan merogol.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Tidak ada satu sedekah yang dikurniakan oleh seorang bapa kepada anaknya lebih baik daripada adab yang mulia. Hadis riwayat Tirmizi.


 

Rasanya belum terlewat untuk kita sama-sama beringat bagi memastikan anak-anak kita menjalani waktu cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah kepada mereka. Jika dilihat kepada iklan yang tersebar bermacam-macam aktiviti yang ditawarkan di musim cuti. Namun yang kurang sedapanya ialah majoriti tawaran tersebut bersifat komersial semata-mata untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesesuaiannya kepada anak-anak. Tetapi tidak dinafikan bahawa terdapat juga aktiviti berfaedah yang dianjurkan meskipun dengan kos yang agak mahal. Ibubapa seharusnya jangan terlalu berkira untuk menghantar anak-anak ke program cuti sekolah yang bermanfaat kerana ia merupakan satu pelaburan untuk masa hadapan dan bukannya satu pembaziran. Antara program yang baik disertai oleh anak-anak kita ialah ialah seperti perkhemahan bina sahsiah , kursus hafazan al-Quran musim cuti, kursus intensif bahasa dan pelbagai lagi. Ibubapa seharusnya peka dan proaktif membuat tinjauan terhadap aktiviti yang sesuai sebelum berlalunya cuti sekolah.


Jika sekiranya ibubapa tidak berminat untuk menghantar anak-anak ke program seperti yang telah dinyatakan ada baiknya ibubapa sendiri perlu menyusun jadual harian sepanjang cuti sekolah. Pastikan waktu solat dijadikan agenda utama dengan memberikan penekanan kepada solat subuh dan solat secara berjamaah samada di masjid mahupun di rumah. Solat mesti diprogramkan sebagai agenda utama di dalam pembetukan sahsiah anak-anak dan sekiranya ingin dilaksanakan hendaklah dimulakan seawal usia.


Firman Allah Taala yang bermaksud:

Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki darimu, Kamilah yang memberikan rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa. Surah Taha:132.


Nabi s.a.w bersabda:

Suruhlah anakmu solat apabila umurnya menjangkau tujuh tahun, dan pukullah mereka (jika tidak solat) apabila menjangkau sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka . Hadis hasan sahih riwayat Abu Daud.


Berpandukan hadis di atas amat jelas kepada kita bahawa usia 7 tahun iaitu ketika anak-anak mula melangkah kaki ke tahun satu sekolah rendah adalah saat yang paling wajar diberikan penekanan tentang solat. Apa yang difahami dari hadis ini ialah perlunya ibubapa secara konsisten menyuruh anak-anak solat tidak sepertimana ketika usianya di bawah tujuh tahun. Sikap sambil lewa dan alpa tentang solat anak-anak di awal usia tujuh tahun boleh menanamkan sikap memandang ringan terhadap kewajipan kepada Allah Taala. Meremehkan kewajipan kepada Allah Taala menjadi penyebab utama terbentuknya nilai negatif dalam diri anak-anak. Ini adalah kerana solat merupakan manifestasi kepada Iman dan ketaqwaan. Di samping itu penekanan Rasulullah s.a.w kepada usia tujuh tahun ini juga memberikan kefahaman kepada kita bahawa jika hendak menerapkan nilai dan menanamkan pemikiran yang positif kepada anak-anak hendaklah dilakukan secara konsisten di peringkat usia ini.


Kemudian apabila umur anak-anak menjangkau sepuluh tahun Rasulullah s.a.w menganjurkan kita menghukum anak-anak yang tidak solat iaitu dengan memukul atau merotannya. Saranan ini menjelaskan kepada kita bahawa penguatkuasaan undang-undang dan hukuman dalam mendidik anak-anak mestilah dilakukan secara konsisten di peringkat usia sepuluh tahun atau ketika mereka berada di tahun empat sekolah rendah. Kecuian menghukum dengan tegas terhadap anak-anak di usia ini apabila mereka melakukan kesalahan seperti meninggalkan solat akan menebalkan lagi rasa ketidakhirauan mereka kepada tanggungjawab sebagai seorang Islam. Kecuaian menghukum di usia sepuluh tahun juga boleh mengakibatkan anak-anak hilang rasa takut dan hormat kepada suruhan ibubapa.


Firman Allah Taala yang bermaksud:

Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan Bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. kami tidak meminta rezeki kepadamu, kamilah yang memberi rezki kepadamu dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa. Surah Taha : 132.


Ibubapa juga seharusnya mengambil kesempatan di musim cuti sekolah menanamkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak seperti bangun awal, mengemas rumah, minat membaca dan sebagainya dengan memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka. Sebagai contoh jika anak-anak ingin diterapkan dengan budaya membaca, ibubapa seharusnya membudayakan minat membaca dalam diri mereka terlebih dahulu kerana bak kata pepatah Melayu, 'Bapa borek anak rintik'. Ia juga menepati slogan 'Kepimpinan melalui tauladan'. Pembentukan nilai positif di dalam diri anak-anak khususnya di musim cuti ini tidak akan berhasil sekiranya ibubapa tidak menunjukkan contoh dan tauladan yang mulia kepada mereka.

Monday, November 30, 2009

PROGRAM KEFAHAMAN ISLAM & DAURAH AL-QURAN REMAJA 2009

Rasional Program.


Kepekaan masyarakat masa kini untuk mendekatkan remaja kepada institusi masjid perlu dicernakan dalam satu aktiviti ilmiah yang lebih mantap dan berkesan. Sehingga kini pengimarahan masjid banyak menjurus kepada program kelas dewasa. Sudah tiba masanya masjid mengambil peranan mendidik gegerasi muda untuk mencintai dan berminat untuk mendalami ilmu al-Quran dan memantapkan fardu Ain.


Program Daurah Penghayatan Al-Quran ini diketengahkan untuk menarik minat remaja mendekati institusi masjid dan surau terutama untuk mengisi masa lapang mereka seperti dimusim cuti sekolah.


Maklumat Program


Tarikh: 1/12/2009 hingga 24/12/2009

Hari: isnin hingga khamis

Tempoh: 4 minggu

Tempat: Masjid Sungai Sekamat


Oleh: Tn Hj Ahmad Zaki Bin Hj Arsad

Ketua Penolong Pengarah (Dakwah)

Jabatan Agama Islam Selangor


Dengan Kerjasama: ABIM Unit Kajang & Jawatankuasa Masjid Sungai Sekamat


PENGHARAPAN


Diharapkan program Daurah Penghayatan Al-Quran ini bakal memberi kesan kepada anak-anak yang dididik bagi menjana satu pengisian alternatif yang bermenafaat untuk diri. Selain mengimarahkan masjid ianya diharap dapat membantu pengisian ruhani agar kecenderungan kearah kebaikan mampu menjadi suntikan pada jiwa anak-anak untuk bangun sebagai insan Rabbaniah yang mencintai kesucian Al-Quran dan mengaplikasikan cara hidup Islam.